Friday 25 November 2011

Peluang tebus silap (26.11.2011)

LONDON: Kunjungan Wolverhampton Wanderers yang belum pernah menang di tempat lawan sejak awal musim ke Stamford Bridge malam ini menghidangkan peluang buat pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menghentikan kemerosotan dialami skuad kendaliannya.
Villas-Boas didakwa tertekan selepas hanya tiga bulan membimbing Chelsea apabila tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri kepada Liverpool dan Arsenal.

Kekalahan kepada Bayer Leverkusen awal pagi kelmarin menyebabkan Chelsea perlu menang aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Valencia untuk layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara.
Kemelut itu mencetuskan spekulasi terhadap masa depan jurulatih dari Portugal berusia 34 tahun itu yang mungkin disingkir kelab London itu sepantas ketibaannya kerana pemilik Blues, Roman Abramovich sering memecat pengurus yang gagal menghasilkan keputusan cemerlang.

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech bagaimanapun berkata, pemain perlu bertanggungjawab.

“Pengurus tiada dalam padang, kami berada dalam padang dan melakukan kesilapan,” kata Cech.
“Pemain yang perlu dipersalahkan dan perlu lebih agresif terutamanya ketika bertahan.

“Beliau (Villas-Boas) tidak dapat berbuat apa-apa. Pemain perlu berubah. Ia bukan senang namun kami perlu terus meningkat.” - AFP

No comments:

Post a Comment