Monday 21 November 2011

Pei Pin hanya raih gangsa (22/11/2011)

TIGA pingat emas yang dimenangi sebelum ini tidak mampu ditambah oleh peserta wushu negara pada hari terakhir pertandingan di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta, semalam.
Hanya satu pingat gangsa berjaya diraih menerusi Tang Pei Pin dalam acara Shansou 60kg wanita semalam menjadikan keseluruhan skuad wushu membawa pulang tiga emas, tiga perak dan empat gangsa.

“Kami mungkin tidak berjaya menambah pungutan emas hari ini, namun pencapaian kali ini melepasi sasaran dua emas yang ditetapkan persatuan dan Majlis Sukan Negara sebelum kami datang ke sini.
“Kejayaan ini manis kerana atlet pelapis turut menyumbangkan pingat,” kata pengurus pasukan negara, Lim Yew Wai.

Enam emas, dua perak dan lima gangsa adalah pencapaian terbaik skuad wushu negara pada temasya di Kuala Lumpur 2001 manakala di Vientiane dua tahun lalu, mereka pulang dengan tiga emas, satu perak serta tiga gangsa.

No comments:

Post a Comment