Wednesday, 9 November 2011

Pegawai meninggal (10/11/2011)

BELUMPUN temasya Sukan Sea bermula, kontinjen negara menerima khabar buruk apabila Pegawai Belia dan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Harun Osman meninggal dunia ketika bertugas sewaktu menanti ketibaan atlet negara, semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang waktu tempatan di Hospital R S Myria, Palembang.

Ketua Kontinjen, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali berkata, arwah ada mengadu sakit dada kepada rakan setugas pada tengah hari semalam sebelum jatuh pengsan jam 5 petang, dipercayai akibat serangan jantung.
Beliau diberikan rawatan kecemasan oleh petugas perubatan di khemah ketibaan atlet dan pegawai Sukan Sea di Lapangan Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II sebelum dikejarkan ke hospital pada jam 5.30 petang dan disahkan meninggal dunia 10 minit selepas menerima rawatan.


No comments:

Post a Comment