Wednesday, 23 November 2011

PDRM bergaya (24/11/2011)

KEJAYAAN muncul juara badminton, pingpong dan bola jaring membantu kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Jabatan Kerajaan (Maksak) negeri Melaka kali kedua di Bandaraya Melaka baru-baru ini.
Kontinjen terbabit yang turut meraih naib juara tenpin bowling nyata sukar digugat 29 kontinjen lain yang bertanding.

Selaku juara keseluruhan PDRM meraih piala pusingan yang disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang juga Yang Dipertua Maksak Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh.
Lapan acara termasuk bola sepak, futsal, pingpong, tenpin bowling, bola tampar dan sepak takraw membabitkan penyertaan 2,000 atlet dipertandingkan.

Sementara itu, Pengerusi Publisiti Maksak Melaka, Azman Yusof berkata, sambutan menggalakkan daripada jabatan yang bertanding memberi impak besar terhadap pembangunan sukan di kalangan kakitangan kerajaan.

Beliau berkata, kejohanan yang berlangsung di beberapa venue termasuk padang Stadium Wisma Persatuan Bola sepak Melaka (Mafa), Paya Rumput serta Dewan Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), mendapat sokongan peminat.

No comments:

Post a Comment