Friday 25 November 2011

Pasukan B-23 Vietnam disiasat (26.11.2011)

HANOI: Polis Vietnam kini menyiasat sama ada pasukan bawah 23 tahun negara itu terbabit mengatur keputusan perlawanan ketika beraksi di Sukan Sea Indonesia yang berakhir Isnin lalu.
Tuduhan itu hadir selepas media dikuasai kerajaan menyoal pasukan itu berikutan kemenangan 3-1 mereka ke atas Laos pada 17 November lalu.

“Kami bekerjasama dengan polis yang mengiringi pemain di temasya sukan itu dan akan menilai laporan mereka,” kata Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Pham Ngoc Vien.
Veliau bagaimanapun berkata, VFF tidak memohon siasatan rasmi diadakan. Menurutnya, kehadiran polis mengiringi pasukan bola sepak serta atlet lain yang menyertai sukan itu adalah perkara biasa.

“Kami tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai persoalan ini (rasuah). Jika ada masalah, kami akan menyelesaikannya segera,” katanya.

Pada 2007, dua bekas pemain bola sepak dipenjara kerana mengatur perlawanan membabitkan pasukan bawah 23 tahun menentang Myanmar pada Sukan Sea 2005.
Akhbar Tuoi Tre, dalam laman web mereka melaporkan tuduhan terbaru itu apabila menyiarkan: “Sesetengah aksi ketika perlawanan itu memberi gambaran yang pasukan itu mungkin memanipulasi perlawanan menentang Laos itu bagi mengehadkan jumlah kemenangan Vietnam.” Ia menceritakan bagaimana sepakan penalti Trong Hoang tersasar dan penyerang Van Quyet ‘berdoa’ selepas Vietnam melebarkan pendahuluan mereka kepada 3-1. Pemain tengah Hoang memberitahu akhbar Tien Phong yang ‘dia dan rakan sepasukannya bersih’. - AFP

No comments:

Post a Comment