Wednesday, 23 November 2011

NS guna bekas pemain hadapi Piala Emas Raja-Raja (24.11.2011)

NEGERI Sembilan akan menggunakan khidmat beberapa bekas pemain pasukan negeri itu bagi menggalas cabaran bola sepak Piala Emas Raja-Raja 2011 yang bermula dari 25 hingga 27 November ini.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan (PBMNS), Mohd Zaki Mohd Nor, berkata Negeri Sembilan akan menyenaraikan 25 pemain yang dikendalikan jurulatih Rosli Omar. Negeri Sembilan menjadi tuan rumah bagi Kumpulan A dan diletakkan bersama Pahang, Kedah dan Singapura dengan juara dan naib juara setiap kumpulan mara ke suku akhir.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian yang dibahagikan kepada empat kumpulan.
Rosli berkata, skuad Negeri Sembilan sekadar meletakkan sasaran mara ke separuh akhir.

Menurutnya, saingan Kumpulan A akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar, Ampangan dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Kami sangat mengalu-alukan kehadiran peminat menyaksikan perlawanan berkenaan. Masuk adalah percuma,” katanya.

No comments:

Post a Comment