Wednesday 23 November 2011

Murray tarik diri daripada Jelajah Akhir ATP (24/11/2011)

LONDON: Pemain tenis nombor tiga dunia, Andy Murray menarik diri daripada Kejohanan Akhir Jelajah ATP selepas gagal pulih daripada kecederaan pangkal paha, kelmarin.
Murray sebelum ini diarah berehat hingga 10 hari selepas mengalami kecederaan itu ketika menjalani latihan minggu lalu namun tidak menghiraukannya apabila turun menentang David Ferrer dalam perlawanan pembukaan di O2 Arena dan kini membuat keputusan menarik diri daripada saingan terakhir musim ini, kurang 48 jam sebelum dijadual bertemu Tomas Berdych.

Murray akan diganti pemain Serbia, Janko Tipsarevic selepas berdepan kesulitan ketika tewas kepada Ferrer, Ahad lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment