Monday 21 November 2011

Mohd Nizar muncul juara kali ketiga (22/11/2011)

KATEGORI 75kg ke bawah kekal milik Mohd Nizar Yusof apabila memenanginya buat kali ketiga berturut-turut.
Lebih manis staf Jabatan Penjara Kajang, Selangor itu berjaya menundukkan musuh tradisinya, Ku Rashid Ku Rubi seperti dalam dua aksi final di Ipoh dan Temerloh sebelum ini.

“Saingan kali ini lebih sengit berbanding dua kejohanan sebelum ini berikutan kehadiran sejumlah peserta dari utara tanah air selain peserta Pulau Pinang sendiri.
“Perjalanan pertandingan yang lancar turut membantu saya mengekalkan momentum sepanjang saingan berlangsung selain latihan dan rehat mencukupi sebelum turun bertanding,” kata Mohd Nizar, 27.

Kejayaan bergelar juara membolehkan Mohd Nizar Yusof meraih hadiah wang tunai RM800 diikuti Ku Rashid yang sekali lagi terpaksa berpuas hati sebagai naib juara untuk meraih RM600. Tempat ketiga disandang peserta dari Melaka, Kow Peng Kuon manakala Ali Mydin di tempat keempat dengan masing-masing meraih RM400 dan RM200.

No comments:

Post a Comment