Monday 14 November 2011

Mirsky, Williams pilihan juara dunia (15/11/2011)

FRANCESCO Bruni memulakan musim Siri Jelajah Match Racing Dunia 2011 dengan cemerlang apabila menduduki tangga teratas tiga acara pertama tetapi diikuti persembahan kurang memuaskan sebelum berjuang untuk menduduki tempat ketiga di Argo Gold Cup di Bermuda.
Dia menduduki tempat pertama ranking ISAF dan dalam Kejohanan Match Racing Dunia (WMRT), hanya ketinggalan enam mata di belakang juara WMRT dua kali, Ian Williams dari pasukan GAC Pindar.

Pertarungan tiga hala membabitkan Torvar Mirsky (Aus) The Wave Muscat, Ian Williams (Gbr) dan Bruni (Ita) Bruni Racing dijangka menghangatkan Piala Monsun kali ini. Meskipun Peter Gilmour (Aus) Yanmar Racing dan Bjorn Hansen (Swe) Mekonomen Sailing Team masih berpeluang muncul juara dunia, Bruni yakin tidak mungkin Mirsky, Williams atau dirinya akan belayar begitu teruk hingga tidak seorangpun antara tiga pelayar itu yang layak ke ke suku akhir.” Memang ironik apabila dikaji, kadar kemenangan Bruni yang paling teruk adalah terhadap dua pesaing terhebatnya, Williams dan Mirsky. Namun, warga Itali ini tidak gentar dengan statistik itu.
“Kami membuat beberapa kesilapan dalam perlawanan menentang mereka tahun ini, tetapi saya tidak takut. Kami tidak bimbang menentang mana-mana pasukan, asalkan kami belayar dengan baik,” katanya.

Williams dan Mirsky memberi penekanan terhadap semangat sepasukan dan Bruni juga menekankan pengalaman miliknya dan keakraban antara rakan sepasukannya meningkatkan keyakinan mereka.

“Pengalaman pasti membantu kami menangani tekanan. Kami sudah mengalami detik seperti ini dan ia akan membantu pasukan mengatasinya. Memang bukan mudah, tetapi kami berasa amat yakin.” Ini adalah musim pertama Bruni bertanding sepenuh masa dalam siri jelajah ini dan kurang berpengalaman bersaing di Kuala Terengganu berbanding pesaing Williams dan Mirsky. Kejohanan WMRT akan diputuskan di Piala Monsun pada 22-27 November di Kuala Terengganu.


No comments:

Post a Comment