Friday 25 November 2011

Milan mulakan perbincangan dengan Tevez (26.11.2011)

ROME: Kelab bola sepak Itali, AC Milan dilaporkan media tempatan sudah berbincang dengan wakil penyerang Manchester City, Carlos Tevez, kelmarin.
Hubungan Tevez dengan pengurusan City tegang selepas dia menuntut untuk berpindah pada musim panas dan kemudian dituduh enggan beraksi sebagai pemain gantian ketika bertemu Bayern Munich, di Liga Juara-Juara, bulan lalu. Musim ini, dia lebih kerap memanaskan bangku simpanan dan peluang lebih kerap diberi kepada Edin Dzeko, Mario Balotelli, Sergio Aguero dan David Silva menerajui barisan serangan.

Media Itali mendakwa, ejen Tevez, Kia Joorabchian, bertemu dengan ketua eksekutif Milan, Adriano Gallian, kelmarin.
Milan kini mencari pengganti Antonio Cassano yang terpaksa menjalani pembedahan jantung selepas jatuh sakit sejurus selepas kelabnya menewaskan Roma, 3-2, bulan lalu dan terpaksa berehat sepanjang musim ini. - AFP

No comments:

Post a Comment