Sunday 13 November 2011

Masziyaton raih perak (14/11/2011)

STRATEGI Masziyaton Mohd Radzi untuk membuat henjutan di saat akhir dalam perlumbaan basikal bukit di Sukan Sea Indonesia semalam tidak menjadi apabila perlumbaan itu terpaksa ditamatkan lebih awal akibat cuaca buruk di Gunung Pancar.
Atlet berusia 24 tahun itu terpaksa akur dengan pingat perak apabila perlumbaan itu terpaksa dihentikan selepas dua pusingan ketika pelumba Vietnam Dinh Thi Nhu Quynh mendahului saingan.

Masziyaton yang memburu pingat emas pertama Malaysia dalam acara itu ketinggalan di tempat kedua dan Kusmawati Yazid dari Indonesia ketiga.
“Saya kecewa kerana sedang menanti peluang untuk memotong Nhu Quynh dalam perlumbaan itu tapi saya tidak menjangka perlawanan terpaksa dihentikan lebih awal. Ini menghancurkan rancangan saya,” katanya.


No comments:

Post a Comment