Wednesday 23 November 2011

Lille hidup kembali harapan (24.11.2011)

MOSCOW: Juara Perancis, Lille menghidupkan harapan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas menundukkan CSKA Moscow 2-0 dalam pertembungan kumpulan B, kelmarin.
Pemain pertahanan CSKA, Vasily Berezutsky memberi kemenangan buat Lille apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-49 sebelum Moussa Sow (gambar) menyumbang gol kedua selepas menyambut bola hasil percubaan bintang bola sepak Inggeris, Joe Cole yang melantun terkena palang.

Kemenangan itu meletakkan Lille, CSKA dan Trabzonspor berkongsi kedudukan di tangga kedua dengan masing-masing mengumpul lima mata menjelang perlawanan Kumpulan B antara wakil dari Turki itu dan Inter Milan.
Inter sudah menempah kedudukan selesa dan layak ke peringkat seterusnya. Jika CSKA dan Lille akan tamat dengan berkongsi kedudukan, itu akan ditentukan dengan keputusan perlawanan sebelum itu yang memihak kepada wakil Perancis itu. - AFP

No comments:

Post a Comment