Monday 21 November 2011

Langkah pertama Nur Syifa (22/11/2011)

WALAUPUN mempunyai tubuh yang kecil dan baru berusia 14 tahun, Nur Syifa Dini Fazil tampil sebagai peserta termuda yang mencuba nasib dalam kategori Terbuka Wanita.
Minat yang mendalam terhadap Sukan Lengan menyebabkan dia mengenepikan perasaan gentar berdepan lawan yang mempunyai tubuh lebih besar dan berpengalaman.

Biarpun kecundang pada pusingan awal, Nur Syifa Dini tetap berbangga dalam mengambil bahagian untuk pertama kalinya dalam Sukan Lengan KGHM selepas membacanya di Harian Metro sebelum ini. “Sebelum ini KGHM diadakan di luar Pulau Pinang dan saya tidak berpeluang menyertainya. Kini ia diadakan di tempat saya dan peluang ini memang tidak boleh dilepaskan disebabkan minat saya yang mendalam.
“Saya tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan dan berlatih. Ini adalah pengalaman baru bagi saya. Mungkin selepas ini saya akan bergiat dengan lebih aktif,” katanya.

Kategori Terbuka Wanita dimenangi Siti Khatijah Hamid untuk kali ketiga berturut-turut diikuti Yusliza Yusof (naib juara), Mazuin Mohd Bashah (ketiga) dan Yusmala Yusof (keempat) dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM800.

No comments:

Post a Comment