Monday, 21 November 2011

KOM janji rungkai kemelut (22/11/2011)

KEMELUT yang melanda skuad olahraga negara pada Sukan Sea Ke-26 di Jakarta-Palembang termasuk kontroversi membabitkan kuartet 4 x 400 meter lelaki akan diperjelaskan selepas berakhirnya temasya berkenaan.
Presiden Kesatuan Olimpik Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia memberi tumpuan untuk menyokong atlet mencapai sasaran pungutan pingat keseluruhan bagi kontinjen negara.

Katanya, rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan terlebih dahulu kepada pasukan bola sepak negara yang akan mempertahankan pingat emas ketika menentang Indonesia dalam final Sukan Sea semalam.
Menurutnya, penjelasan mengenai semua kemelut yang berlaku termasuk jawapan bagi kekecewaan gandingan S Kannathasan, P Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus Lasaleh yang terpaksa pulang tanpa menaiki podium Sukan Sea walaupun mereka menghadiahkan pingat emas buat negara.

“Malah ratu 400 meter lari berpagar, Noraseela Khalid yang turut menyumbangkan pingat emas dalam temasya berkenaan pernah meluahkan kekecewaannya terhadap KOM dalam laporan media baru-baru ini.

“Tidak semua yang dilaporkan di dalam akhbar tepat, sebaliknya banyak dakwaan tidak benar sama sekali.Memang ada dakwaan yang betul tetapi banyak yang tidak benar kerana saya percaya kenyataan itu datang daripada orang lain,” katanya.
Menurutnya, atlet seolah-olah diminta supaya menuduh KOM keseluruhannya sekiranya mereka mempunyai masalah dengan satu atau dua pegawai di dalam badan induk berkenaan.

Katanya, beliau percaya ada orang lain menjadi punca segala masalah dalam KOM dan sudah mengenalpasti siapa dalangnya namun tidak boleh menyatakannya sekarang sebaliknya akan dijelaskan selepas selesai Sukan Sea.

No comments:

Post a Comment