Saturday 12 November 2011

Kolam tak selamat (13/11/2011)

ATLET terjun negara perlu lebih berhati-hati ketika melakukan terjunan di Kompleks Sukan Jakabaring kerana jarak platform 10m dan 7m terlalu rapat dan tidak menepati piawaian antarabangsa.
Begitupun atlet terjun negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan, Pandelela Rinong berkata, keadaan itu bukanlah masalah besar tetapi setiap penerjun yang beraksi di temasya Sukan Sea XXVI perlu berhati-hati.

“Memang bahaya jika tidak berhati-hati kerana jarak platform 7m di sebelah kanan platform 10m terlalu rapat, jika tidak berjaga-jaga mungkin boleh terhantuk,” kata Pandelela.
“Selain itu, platform di sini juga terlalu tebal berbanding yang sepatutnya dan kami perlukan masa untuk menyesuaikan diri.” Temasya ke XXVI ini adalah yang ketiga buat Pandelela dan jaguh terjun negara itu hanya akan beraksi dalam acara 10m platform.

Dia pernah menang dua emas dalam acara 10m platform individu dan seirama di Laos dua tahun lalu dan membawa pulang satu emas dan satu perak di Korat, Thailand.

“Cabaran utama akan datang dari rakan sepasukan tapi saya tidak akan memandang ringan cabaran penerjun tuan rumah kerana sebagai tuan rumah, atlet akan berasa lebih yakin.”


No comments:

Post a Comment