Monday 21 November 2011

Khemah Arena diserbu (22/11/2011)

PENGANJURAN Kejohanan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Dataran Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang nyata mendapat sambutan menggalakkan.
Kejohanan yang berlangsung di khemah Arena pada Sabtu dan Ahad lalu itu adalah antara acara yang berjaya menarik perhatian pengunjung di Pulau Pinang terutamanya di sekitar Kepala Batas.

Lebih 100 peserta tempatan dan dari beberapa negeri lain seperti Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan hadir bersaing bagi merebut hadiah wang tunai RM7,600 yang ditawarkan penganjur.
Malah jaguh berpengalaman dari Melaka, Lee Tiam Siew mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM500 sebagai tambahan sekiranya ada peserta yang mampu menjuarai kategori disertainya itu. “Sejak Harian Metro menganjurkan sukan ini di KGHM beberapa bulan lalu, saya melihat minat dan tumpuan masyarakat semakin bertambah.

“Terima kasih kepada Harian Metro kepada berusaha dan bekerja keras menganjurkan kejohanan ini,” katanya.

Saingan di Kepala Batas adalah yang keempat anjuran khemah Arena selepas KGHM di Johor Bharu, Ipoh dan Temerloh yang berlangsung dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment