Monday 14 November 2011

Kejayaan Djokovic pemangkin Serbia (15/11/2011)

BELGRADE: Presiden Persatuan Bola Sepak Serbia (FSS), Tomislav Karadzic menyarankan skuad bola sepak kebangsaan Serbia mencontohi rakan senegara dan jaguh tenis dunia, Novak Djokovic.
Serbia dan Djokovic menempuh laluan berbeza tahun ini, apabila jaguh tenis itu melonjak mengungguli ranking dunia selepas memenangi Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat serta tujuh lagi kejohanan. Serbia pula sebaliknya gagal ke final Euro 2012 minggu lalu dan kecundang di tangan Mexico 0-2 pada perlawanan persahabatan pertama di bawah pimpinan Radovan Curcic selepas Vladimir Petrovic meletak jawatan.

“Djokovic adalah bintang terbaik dijadikan contoh negara. Bukan bermaksud mengkritik pemain lain dengan mengatakan mereka tidak punyai motivasi atau keinginan untuk bersaing di final Kejohanan Eropah tahun depan tapi saya ingin melihat kesungguhan umpama Djokovic di mata mereka,” kata Karadzic.
Serbia beraksi di Honduras dalam satu lagi perlawanan persahabatan semalam turut tersisih pada saingan awal Piala Dunia Afrika Selatan tahun lalu.

Mereka diletakkan bersama Croatia, Macedonia, Belgium, Scotland dan Wales dalam kumpulan kelayakan ke Piala Dunia 2014. - Reuters

No comments:

Post a Comment