Friday 11 November 2011

Jeremy harap penyertaan kali kedua bawa tuah (12/11/2011)

JEREMY Koo mengharapkan nasib memihak kepadanya ketika mewakili Malaysia pada Piala Monsun, musim terakhir Siri Jelajah Match Racing Dunia (WMRT) di Ri- Yaz Heritage Marina Resort & Spa pada 22 hingga 27 November ini.
Juragan pasukan Abdullah Chan-Koo Racing Team akan mencuba yang terbaik untuk memenangi sekurang-kurangnya satu perlumbaan.

Pelayar berusia 30 tahun yang bertanding sebagai ketua pasukan untuk kali kedua berturut-turut dalam saingan Piala Monsun berkata, jurang antara pelumba Malaysia dan pemegang kad jemputan terlalu luas. “Mereka sering berlumba dalam Siri Jelajah Dunia dengan pelayar terbaik, manakala kita hanya mempunyai satu acara,” katanya merujuk kepada Kejohanan Match Racing Malaysia (MMRC) yang dimenanginya pada Oktober tahun ini.
“Sudah tentu hebat apabila Sirkit Match Racing Malaysia bermula tahun depan. Ia bagus untuk membangunkan perlumbaan keelboat dan meningkatkan tahap perlumbaan perlawanan. “Banyak potensi di Malaysia yang terbukti menerusi pelayar yang bersaing dalam MMRC dan dengan adanya sirkit itu, pasti akan banyak membantu meningkatkan prestasi mereka melalui latihan dan pengalaman. “Litar ini juga akan membolehkan pemilihan pasukan terbaik dengan lebih adil untuk mewakili Malaysia di Piala Monsun kerana satu acara saja tidak dapat menentukan tahap kecekapan seorang pelayar. “Pasukan saya berlatih dengan giat sejak kami kembali daripada pusingan kelayakan, manakala saya bertanding di Regata Pantai China di Hong Kong. Kami menukar strategi dengan menumpukan perhatian kepada kecergasan. Kami berada di gimnasium untuk sekurang-kurangnya tiga jam sehari,” kata Jeremy.


No comments:

Post a Comment