Sunday, 20 November 2011

Izzaq terpaksa rehat sebulan (21/11/2011)

KECEDERAAN yang dialami penyerang Izzaq Faris Ramlan ketika beraksi dalam perebutan ke separuh akhir bertemu Myanmar semalam, memaksa jurulatih Ong Kim Swee tidak menyenaraikannya dalam kesebelasan utama bertemu Indonesia di final malam ini.
“Saya sah tidak boleh bermain kerana lutut kiri saya lebam diasak oleh pemain Myanmar semalam (kelmarin).

“Ia memang menyedihkan buat saya kerana tidak dapat peluang beraksi di perlawanan akhir tapi saya gembira pasukan kita berjaya akhirnya ke saingan itu walaupun kita diletakkan dalam kumpulan A, yang dianggap saingan sukar,” katanya.
Pemain tinggi lampai ini yang terpaksa menggunakan kayu tompang, berkata dia turut terlepas peluang beraksi dalam saingan kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 selang dua hari kemudian bertemu Syria.

Malaysia akan bertemu negara teluk itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Doktor telah lihat kecederaan saya dan mereka kata kecederaan ini dijangka pulih sebulan ataupun lebih bergantung kepada diri saya,” katanya.
Pemain kelahiran Terengganu berusia 21 tahun ini cedera beberapa minit sebelum wisel penamat ditiup selepas dikasari pemain Myanmar yang menyaksikan Malaysia mara ke final setelah menang 1-0.

“Apakan daya, tiada rezeki bermain. Saya harap mereka semua dapat buat yang terbaik daripada sebelum ini.
“Kita cuma harapkan Fakri (Ahmad Fakri Saarani) dan Syahrul (Azwari Ibrahim) sahaja di barisan serangan dapat menyumbat unutk gol negara.

“Itupun jika Syahrul sudah cukup cergas dan dapat diturunkan,” katanya.

Syahrul terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 setelah dikasari pemain Myanmar.

No comments:

Post a Comment