Saturday 12 November 2011

Ireland, Croatia menang besar (13/11/2011)

ZENICA (Bosnia): Peluang Bosnia dan Portugal layak ke pusingan akhir Euro 2012 selepas pertemuan playoff pertama di Stadium Bilino Polje berakhir seri tanpa jaringan, semalam.
Namun, Croatia dan Ireland kini hampir pasti bakal beraksi di pusingan akhir selepas selesa menumpaskan lawan masing-masing.

Croatia membalas dendam kekecewaan di Euro 2008 apabila menumpaskan Turki, 3-0 di Istanbul.
“Misi kami hampir tertutup,” kata pengurus Turki, Guus Hiddink.

Ireland pula membelasah Estonia yang beraksi sembilan pemain, 4-0 di tempat lawan.

Republik Czech memiliki kelebihan selepas menumpaskan Montenegro, 2-0 di tempat sendiri. - Agensi

No comments:

Post a Comment