Tuesday 22 November 2011

Immad laung amaran kukuh cengkaman (23/11/2011)

STATUS selaku gergasi Asia Tenggara tidak sedikitpun menggentarkan Syria yang turun selaku pendahulu Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia.
Malah pengendalinya, Immad Eddin Khankan sebaliknya melaungkan amaran untuk mengukuhkan cengkaman mereka dengan mencatatkan kemenangan menentang skuad Olimpik negara yang rata-ratanya masih segar dengan kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan Sea, malam kelmarin.

“Kami berada di kedudukan teratas kumpulan dan mahu mengekalkannya. Kami mahu menang,” kata jurulatih, Immad Eddin Khankan yang mahu meneruskan rentak kemenangan selepas menundukkan Bahrain 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan C pada September lalu.
Malah tugas getir menanti mereka pada Ahad apabila dijadual menentang pasukan pilihan, Jepun sekali gus menyebabkan pengendali itu mengharapkan keputusan positif dalam pertemuan getir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Tahniah kepada anda kerana menjadi juara di Asia Tenggara. Kami sudah menyaksikan permainan skuad Olimpik anda dan mempunyai maklumat yang cukup.

“Lawan (Malaysia) beraksi baik secara berpasukan, bukannya secara individu yang bakal memberikan kesukaran kepada kami selain mendapat sokongan peminat tempatan yang ramai,” katanya.
Ketika pengendali Olimpik negara, Ong Kim Swee berdepan dengan senarai kecederaan yang panjang, rakan sejawatnya dari Syria itu juga kehilangan beberapa pemain utama seperti Mahmoud Yousef, Oday Abd Al Jafal dan Yaser Shushara.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut sama ada kekacauan yang berlaku di negara itu bakal mempengaruhi barisan pemainnya namun sekiranya mencatatkan kemenangan, ia adalah hadiah kepada penyokong mereka di tanah air. Skuad senior negara kendalian Datuk K Rajagobal pernah menentang Syria pada Disember 2009 dengan kemenangan memihak kepada Malaysia apabila mencatatkan kemenangan 4-1.

No comments:

Post a Comment