Monday 21 November 2011

Ibra membara jumpa Barca (22/11/2011)

MADRID: Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic pasti bersemangat tinggi untuk beraksi di perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara menentang bekas bekas kelabnya, Barcelona, kata kapten Barca, Carles Puyol.
Ibrahimovic yang tidak sebulu dengan jurulatih Barca, Pep Guardiola hingga menyebabkan dia dijual ke AC Milan tidak dapat beraksi pada perlawanan pembukaan di Nou Camp, September lalu akibat kecederaan yang dialaminya.

Dalam buku autobiografinya, ‘I am Zlatan’ (Saya Zlatan), pemain dari Sweden itu melemparkan pelbagai kutukan terhadap Guardiola yang dianggapnya umpama ahli falsafah ketika zamannya di Barca.
Ibrahimovic menganggap Guardiola tidak berani dan gentar terhadap jurulatih seteru utama, Real Madrid, Jose Mourinho.

Puyol yang mempunyai hubungan baik dengan Ibrahimovic berkata, rakannya itu sememangnya tidak sabar turun menentang Barca.

“Hakikatnya, semua pemain ingin menentang Barca. Dia pasti bermain mati-matian tapi begitu juga kami,” kata Puyol di laman web Barca, www.fcbarcelona.com.
Juara bertahan, Barca dan Milan, juara 2007 sudah layak ke pusingan kalah mati dengan baki dua perlawanan. Barca di tangga teratas dengan 10 mata manakala Milan di tempat kedua, lapan mata. Barca akan mengungguli kumpulan andai memenangi perlawanan esok. - Reuters

No comments:

Post a Comment