Friday 11 November 2011

Hujan paksa Terbuka Singapura ditangguhkan (12/11/2011)

SINGAPURA: Hujan memaksa saingan Terbuka Barclays Singapura ditangguhkan, semalam, dengan James Morrison menjadi pemain Inggeris tunggal mengungguli saingan.
Pusingan kedua berlangsung semula pada 2.40 petang sejurus selepas hujan berhenti.

Morrison menambah dua lagi birdie menjelang lubang ke-14 untuk mengumpul 11 bawah par, mendahului Edoardo Molinari dari Itali dengan kelebihan dua pukulan pada lapangan par 71 itu.
Pemain Amerika Syarikat, Anthony Kim mencatat lima bawah selepas 11 lubang untuk berada di tempat kelima manakala, juara Terbuka Britain 2010, Louis Oosthuizen mencatat enam bawah par pada lubang ke-10 untuk berada di tangga ke-10.

Graeme McDowell bagaimanapun mencatat dua atas par selepas sembilan lubang untuk mengumpul satu bawah par keseluruhan dan Ernie Els mencatat tiga bawah par pada lubang kelapan dan dua bawah par keseluruhan. Had kelayakan ditetapkan tiga bawah par 139. - AFP

No comments:

Post a Comment