Friday 11 November 2011

Harap roller mampu cetus fenomena (12/11/2011)

PERCUBAAN pertama atlet sukan roller pada temasya Sukan Sea Indonesia diharapkan mampu mencetuskan fenomena baru sukan negara.
Biarpun tidak diletakkan sebarang sasaran, bagi atlet negara Benjamin Chee yang akan beraksi dalam acara ujian masa, 300m, 500m dan acara berganti-ganti, berharap mampu menghasilkan pingat.

Benjamin, 23, bagaimanapun menyedari tuan rumah bakal menjadi pesaing utama kerana sukan itu sudah popular sejak 1970-an ketika atlet negara baru mengenali sukan itu.
“Saya menceburi sukan ini kerana minat. Jika boleh saya mahu terus berkecimpung dalam sukan ini. Banyak yang boleh dipelajari terutama dalam acara 9 skating,” katanya.

Bagi penolong pengurus pasukan, Cheng Chee Siang, skuad negara mampu membawa pulang pingat gangsa dalam acara berganti-ganti.

“Penyertaan kita lebih kepada pendedahan. Pasukan berganti-ganti lelaki dan wanita mungkin berpeluang mendapatkan pingat.”


No comments:

Post a Comment