Monday 21 November 2011

Farkhan sukar terima kekalahan (22/11/2011)

PENINJU negara, Mohd Farkhan Haron sukar menerima kegagalan pada perlawanan akhir acara tinju kelas 75kg lelaki di Arena Tinju Kampus di Sukan Sea ke-26, semalam.
Beliau yang meraih perak setelah tewas pada peserta tuan rumah Alex Tatontos 16-25, turut menyifatkan pembahagian mata daripada barisan juri sebagai berat sebelah.

“Saya boleh terima kekalahan, tapi perlawanan tadi bagi saya tak adil. “Pada pusingan pertama saja pihak lawan menang beza sampai tujuh poin, sedangkan tumbukan saya juga kena dan saya masih berlawan,” katanya.
Peserta tuan rumah mengumpul mata seawal pusingan pertama dengan 11-4, namun Mohd Farkhan terus berjuang untuk bangkit pada pusingan kedua dengan 8-7.

Bagaimanapun pada pusingan terakhir Alex yang lebih banyak bermain secara defensif meraih tujuh mata berbanding Mohd Farkhan, empat, untuk menjadikan mata akhir 16-25.

Sementara itu gangsa dikongsi bersama Manus Boonjumnong dari Thailand dan Chhuan Sok Lek dari Kemboja.
Pingat perak yang dimenangi Mohd Farkhan menutup tirai pungutan pingat bagi acara di Palembang yang berakhir hari ini.

No comments:

Post a Comment