Wednesday, 9 November 2011

Enam nadi takraw (10/11/2011)

MAMPU atau tidak skuad sepak takraw negara menamatkan kemarau emas di temasya Sukan Sea bergantung kepada enam pemain berpengalaman yang memperkuatkan skuad 12 pemain lelaki di Palembang, Indonesia.
Ahmad Sufi Mohammed Hashim, Norshaharuddin Mad Ghani, Mohd Helmi Ismail, Nor Azman Abd Hamid, Farhan Adam dan Muhammad Syazwan Hussin adalah anggota skuad yang beraksi di Sukan Asia Guangzhou 2010.

Ketua jurulatih, Jamaluddin Hassan berkata, enam pemain terbabit mampu membantu pemain lain untuk meraih emas yang kali terakhir dimenangi di Sukan Sea Manila 2005.
“Saya yakin pengalaman mereka menjadi aset ketika kita menentang pasukan kuat seperti Thailand dan Indonesia,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II.

Skuad lelaki negara akan memulakan saingan esok dalam acara regu dan berpasukan pada 16 November.

Dalam acara regu, skuad negara berada dalam kumpulan B bersama Singapura, Vietnam dan Laos manakala kumpulan A terdiri daripada Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei.

Regu negara seharusnya tiada masalah untuk menjuarai kumpulan dan dijangka bertemu Indonesia di separuh akhir.

No comments:

Post a Comment