Tuesday, 22 November 2011

Doncaster pinjam Beye dua bulan (23/11/2011)

DONCASTER (England): Pemain pertahanan veteran, Habib Beye dari Senegal, menandatangani perjanjian pinjaman dua bulan dengan Doncaster Rovers, dari kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa, kelmarin.
Bekas kapten Senegal berusia 34 tahun itu adalah antara pemain yang menjulang Piala Negara-negara Afrika pada 2002 dan mara ke suku akhir Piala Dunia, tahun lalu. Dia hanya beraksi tujuh kali untuk Villa sejak berpindah dari Newcastle pada 2009.

Beye juga pernah ke final Piala UEFA 2004 bersama Marseille dan kemudian berpindah ke Newcastle dengan nilai �4juta (RM17.3 juta) pada 2007. Dia adalah pemain keenam yang ditandatangani pengurus Doncaster, Dean Saunders sejak mengambil alih kelab itu, September lalu.
Dia akan mengiringi rakan senegara dan rakan seangkatan ketika meraih kemenangan Piala Negara-negara Afrika 2002 serta veteran Piala Dunia, El Hadji Diouf yang diikat tiga tahun sejak Oktober lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment