Tuesday 22 November 2011

Djokovic bangkit (23/11/2011)

LONDON: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic bangkit daripada permulaan hambar untuk menewaskan Tomas Berdych 3-6, 6-3, 7-6 (7/3) dalam perlawanan pembukaan Jelajah Akhir ATP, kelmarin.
Djokovic yang menyertai David Ferrer berkongsi pendahulu Kumpulan A mengharungi musim cemerlang namun terpaksa berhempas pulas untuk membenam saingan sengit lawan dari Republik Czech itu di gelanggang 02 Arena, London selama dua jam setengah.

Pemain Serbia berusia 24 tahun itu mengharungi antara musim yang terbaik dalam sejarah pemain perseorangan tenis selepas memenangi tiga gelaran Grand Slam dan lima kejuaraan Masters dan memenangi 69 daripada 73 perlawanannya.
Persembahan konsisten menakjubkan itu membolehkan dia berada di ranking teratas dunia dan kejayaan kedua di saingan terakhir ATP ini adalah cara paling sesuai menamatkan kempen yang hebat itu. Dia masih perlu memperbaiki beberapa kelemahannya namun semangatnya masih kuat berdasarkan kebangkitan dipamer selepas tewas set pertama. Djokovic yang menjuarai Jelajah Akhir di Shanghai pada 2008 mengalami kecederaan belakang dan bahu sejak muncul juara Terbuka Amerika Syarikat sehingga terpaksa menarik diri daripada Paris Masters namun dia enggan menyerah kalah selepas diaib Berdych pada peringkat awal. - AFP

No comments:

Post a Comment