Friday 25 November 2011

DFC gondol dua gelaran (26.11.2011)

PASUKAN mewakili D’Futsal Centre (DFC) menyapu bersih kejuaraan dalam saingan merebut Piala Pengarah Penyiaran Perlis 2011 di gelanggang D’Futsal Centre, Jalan Kaki Bukit dekat Kangar, baru-baru ini.
Pasukan DFC 07 muncul juara kategori Terbuka Lelaki manakala DFC CF (DFC Club Futsal) menguasai Lelaki Bawah 17 Tahun.

Pasukan DFC 07 dinobat juara selepas menewaskan SRC FT menerusi sepakan penalti, 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan penuh.
Berikutan kejayaan itu, DFC 07 membawa pulang RM1,500, medal dan sijil manakala SRC FT selaku naib juara, RM1,000, medal dan sijil penyertaan.

DFC CF yang muncul juara selepas menewaskan Satria FC, 2-0 membawa pulang RM1,000, medal dan sijil manakala Satria FC, RM700, medal dan sijil penyertaan.

Sebanyak 55 pasukan termasuk dari luar Perlis, 28 bagi kategori Terbuka Lelaki dan 27 Lelaki Bawah 17 Tahun menyertai kejohanan anjuran Kelab Kakitangan RTM Perlis dengan kerjasama D’Futsal Centre.
Hadiah kepada pemenang disempurnakan wakil Menteri Besar Perlis, Azali Abas dan Pengarah Penyiaran Perlis, Munah Madar.

No comments:

Post a Comment