Thursday, 24 November 2011

Bahrain turut tertekan (25.11.2011)

SEPERTI skuad negara, Bahrain jelas tertekan untuk turut memburu kemenangan pertama.
Bekas pengendali kelab Muharraq yang menjuarai Piala AFC pada 2008 itu membawa barisan 21 pemain ke Malaysia untuk pertemuan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Namun benteng pertahanan mereka kelihatan rapuh tanpa kehadiran tonggak pertahanan tengah, Mohamed Duaij Mahorfi yang menjalani penggantungan perlawanan.
Bagaimanapun jurulatih Bahrain, Salman Shareeda menyifatkan skuad kendalian Ong Kim Swee sebagai pasukan yang kuat berdasarkan aksi dipamerkan ketika menentang Syria malam kelmarin.

Menurutnya, ada beberapa pemain yang beraksi dengan baik pada perlawanan itu seperti Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang mengemudi jentera tengah.

“Kami hadir untuk mencatatkan kemenangan namun tetap menghormati lawan terutamanya apabila mereka mempunyai sokongan jitu peminat tempatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment