Friday 11 November 2011

Baddrol inspirasi skuad negara (12/11/2011)

KETENANGAN dimiliki kapten Baddrol Bakhtiar mencetuskan inspirasi kepada rakan sepasukan dalam kempen mempertahankan pingat emas di Sukan Sea Indonesia.
Berdasarkan sumbangannya di padang ketika seri 0-0 dengan Singapura dan menang 3-1 ke atas Thailand dalam kempen Kumpulan A, pemilihannya sebagai kapten oleh jurulatih Ong Kim Swee adalah tepat.

“Baddrol antara tonggak utama skuad juara Sukan Sea Laos dan pengalamannya amat diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada pemain lebih muda,” kata Kim Swee yang menyenaraikan enam pemain senior dalam skuad yang dibarisi ramai pemain skuad Olimpik ke Jakarta kali ini.
“Ada pemain yang baru berusia 17 tahun seperti Nazmi (Faiz) dan pemain mentah begini tidak boleh diberi tekanan terlalu tinggi.

“Tapi Baddrol bijak memimpin pemain lain di atas padang tidak kira senior mahupun muda.” Baddrol yang mengambil tugas penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mencetus kebangkitan ketika menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Rabu lalu menerusi gol pembukaan.

“Saya cuma berusaha menyempurnakan tanggungjawab diberikan jurulatih sebaik mungkin. Saya harap kami dapat meneruskan kecemerlangan ini dalam dua lagi baki perlawanan kumpulan,” kata Baddrol.

Malaysia akan menentang Kemboja di Stadium Gelora Bung Karno esok sebelum turun pada perlawanan terakhir dengan Indonesia, Khamis depan.

No comments:

Post a Comment