Sunday 20 November 2011

Awasi Patrich, Titus (21/11/2011)

DUA penyerang kelahiran Papua, Patrich Wanggai dan Titus Bonai bakal menjadi duri dalam daging skuad Malaysia yang bakal membuat perhitungan dengan tuan rumah Sukan Sea, Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno hari ini.
Gandingan Patrich dan Titus setakat ini berjaya mencetak sembilan gol buat Indonesia termasuk dua gol ketika menewaskan Vietnam di separuh akhir kelmarin.

Atas sebab itu, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat mengingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengunci pergerakan tonggak Garuda itu.
“Indonesia memiliki pemain yang bagus khususnya di bahagian serangan dan sayap, jadi semua pemain perlu sentiasa memberi fokus dalam permainan,” katanya.

Meskipun berjaya menewaskan Indonesia 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A Khamis lalu, jurulatih Indonesia, Rahmad Darmawan tidak menurunkan Patrich dan Titus dalam kesebelasan utama mereka.

“Semangat semua pemain semakin kuat apabila layak ke final ini, saya berharap dapat mempamerkan permainan lebih baik untuk memastikan kemenangan buat Malaysia,” katanya yang bersama Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu di Stadium Gelora Bung karno.

No comments:

Post a Comment