Friday 25 November 2011

Arsenal makin teruja (26.11.2011)

LONDON: Kejayaan Arsenal akan diukur dengan kejuaraan namun pengurus, Arsene Wenger menganggap persembahan membanggakan selepas aksi hambar awal musim juga satu pencapaian.
Skuad kendalian Wenger akan berdepan Fulham di Emirates malam ini untuk mencari kemenangan kali keenam Liga Perdana yang bakal melonjak Gunners di tempat keempat buat kali pertama.

Mereka hadir pada perlawanan itu dengan persembahan membanggakan dalam Liga Juara-Juara selepas menewaskan Borussia Dortmund.
Ketika Chelsea, Manchester United dan Manchester City tidak bermaya di Eropah, Arsenal layak peringkat seterusnya selaku juara kumpulan dengan baki satu perlawanan.

Ini bermakna mereka boleh memberikan tumpuan penuh kepada saingan domestik hingga peringkat kalah mati Februari depan sekali gus mempamerkan persembahan mantap di Liga Perdana.

Mereka kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, City tapi pemain tengah Gunners, Alex Song berkata, kritikan menjadi perangsang kebangkitan mereka.
“Kami mahu buktikan semua orang silap dan berjaya melakukannya dengan baik namun kami tidak mahu kekal dalam situasi ini dan sebaliknya mengecapi pencapaian lebih bermakna,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment