Wednesday 9 November 2011

Alcaraz kena gantung tiga perlawanan ludah Stearman (10/11/2011)

LONDON: Wigan tidak dapat menggunakan khidmat Antolin Alcaraz sebanyak tiga perlawanan selepas dia mengaku bersalah kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England mengenai pertuduhan insiden meludah pemain pertahanan Wolves, Richard Stearman ketika pasukannya tewas 1-3, pada aksi Ahad lalu.
Pemain antarabangsa Paraguay berusia 29 tahun itu yang menyertai Wigan dari kelab Belgium, Club Brugge tahun lalu hanya beraksi baru-baru ini selepas pulih daripada kecederaan otot kakinya yang koyak.

Wigan berkata, pemain itu juga akan menerima hukuman daripada kelab.
“Masalah itu akan ditangani dengan serius mengikut kod kelakuan kelab,” menurut kelab itu.

Kelakuannya itu tidak disedari pengadil perlawanan tapi ulang tayang televisyen jelas menunjukkan pemain Paraguay itu meludah Stearman.

Penggantungannya itu menyaksikan dia akan terlepas pertemuan dengan Rovers, Sunderland serta Arsenal. Wigan terlepas dari zon penyingkiran pada hari terakhir liga musim lalu dan setakat ini beraksi hambar apabila hanya meraih satu kemenangan dalam 11 perlawanan. - AFP

No comments:

Post a Comment