Monday 21 November 2011

Akur keputusan KBS (22/11/2011)

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akur dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berhasrat memotong bantuan kewangan kepada persatuan itu mulai tahun depan.
Presiden, Datuk Ahmad Ismail berkata, pihaknya tidak akan menyalahkan pihak lain berhubung perkara itu.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan untuk memotong bantuan kewangan kepada PSM dan persatuan lain yang gagal mempamerkan prestasi cemerlang diharapkan pada temasya Sukan Sea Indonesia.
“Saya akui persembahan skuad sepak takraw negara di Palembang adalah yang terburuk hingga gagal meraih sebarang emas,” kata Ahmad.

Beliau berkata, banyak usaha dan latihan sudah dilaksana untuk memajukan pemain, namun segalanya bertukar hampa apabila mereka tewas kepada Indonesia 0-3 dan hanya membawa pulang pingat gangsa.

“Skuad sepak takraw tidak menggunakan senjata mereka ketika bertarung dengan pasukan tuan rumah, sebaliknya hanya bermain dalam zon selesa.
“Mungkin pemain kita kurang berusaha namun kita tidak menyalahkan pemain sepenuhnya dalam perkara ini kerana setiap persatuan sukan punyai kelemahan masing-masing,” katanya.

Ahmad berkata PSM akan bertemu Ahmad Shabey Cheek bagi membincangkan isu pemotongan peruntukan itu.

No comments:

Post a Comment