Sunday 20 November 2011

Adrian ungguli Masters (21/11/2011)

‘IBU segala emas’ bagi sukan bowling pada temasya Sukan Sea ke-26 menjadi milik bintang muda negara, Adrian Ang yang memenangi kategori Masters lelaki di Pusat Bowling Jaya Ancol, Jakarta, semalam.
Adrian, 23, menundukkan pemain Filipina, Frederick Ong dengan jumlah agregat 431-390 pada perlawanan akhir step-ladder apabila dia melakukan catatan 206 dan 225 ketika lawannya tenggelam punca dengan sekadar 201 dan 189.

Ia adalah pingat emas keempat buat Adrian dan kelima buat skuad negara selepas dia turut menyumbang emas dalam acara beregu, trio dan lima sepasukan sebelum ini.
“Memang ini pingat emas amat berharga buat saya kerana ia menampilkan 16 pemain terbaik kejohanan dan dengan format step-ladder.

“Kejayaan tiga emas sebelum ini adalah kerana bantuan gandingan dan rakan-rakan sepasukan tapi cabaran kali ini saya tampil secara individu jadi ia amat berharga dan menggembirakan,” kata Adrian yang turut memenangi satu gangsa dalam acara perseorangan.

Ia juga gelaran Masters kedua buat Adrian sepanjang kariernya selepas muncul juara pada Kejohanan Asia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, awal tahun ini.
Dua pemain negara, Sharon Koh dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi turut layak ke penentuan step-ladder Masters wanita selepas masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga di belakang pemain Singapura, Cherie Tan.

No comments:

Post a Comment