Friday 13 May 2011

Thunderbolt gah belasah TBSS (14/05/2011)

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Tunku Besar (TBSS), tidak mampu mengekang asakan bekas juara liga Divisyen Satu, musim lalu, Sekolah sukan Bandar Penawar (SSBP Thunderbolt) selepas dibelasah lawan 6-0 pada suku akhir juara keseluruhan Liga Hoki Remaja, semalam. 

Kekalahan itu meranapkan harapan juara liga Divisyen Dua itu masuk fasa separuh akhir, esok dalam merangkul gelaran berganda yang diidam-idamkan selama ini.


Babak pertama perlawanan, SSBP Thunderbolt yang seakan-akan mengejar gelaran berkenaan selepas kehilangan takhta juara liga kepada UniKL beraksi cemerlang apabila berjaya menghasilkan dua jaringan menerusi Mohd Fitri Shaari pada minit ke-10 dan Muhammad Hafiz Seleman (minit ke-22).


Skuad bimbingan Wan Mohd Roslan itu terus melebarkan penguasaan apabila berjaya menghasilkan empat gol lagi yang nyata langsung menenggelamkan cabaran TBSS. 

“Pemain tampak hilang rentak pada separuh babak pertama dan sering melakukan kesilapan mudah tetapi saya berpuas hati apabila mereka menampilkan corak permainan sebenar selepas rehat,” kata pengendali SSBP Thunderbolt, Wan Roslan. 

Pada perlawanan terdahulu di Stadium Tun Razak, juara liga Divisyen Satu, UniKL menempah tiket awal ke separuh akhir, esok apabila turut membenam pasukan naib juara Divisyen Dua, MSSP-USM 9-0. 

Di stadium Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Sukan Bukit Jalil Junior (BJSS jr) membuat kejutan menewaskan Anderson 2-1 manakala Sekolah Sukan Bandar Penawar Junior (SSBP jr) menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 3-2. 

No comments:

Post a Comment