Saturday 14 May 2011

Tak sangka gagal (15/05/2011)

Kekalahan paling buruk pernah dialami jaguh dari Lembah Klang

KEGAGALAN yang langsung tidak disangka! Itulah komen jurulatih Selangor, K Devan selepas perit menyaksikan anak didiknya dibaham Kelantan 5-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam kelmarin. 

Pengendali skuad Merah Kuning itu juga mentakrifkan ia sebagai kekalahan paling terburuk dialami jaguh dari Lembah Klang itu yang belum pernah tewas dengan perbezaan lebih dua gol.


“Separuh masa pertama saja sudah kena tiga gol, jadi macam mana nak main,” katanya dalam suara yang perlahan dan agak sukar difahami akibat sakit tekak selepas dilihat banyak menjerit memberi arahan kepada anak buahnya.


Kelantan mendahului tiga gol pada babak pertama menerusi dua jaringan Mohd Ramzulzahini Adenan pada minit ke-11 dan 40 dan kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzim minit ke-43, sebelum menambah dua lagi gol pada babak kedua menerusi Mohd Nurul Azwan Roya minit ke-67 dan penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-71.

Gol sagu hati Selangor dijaringkan kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-90. 

Devan berkata, punca kekalahan besar itu lebih kepada kegugupan dan kekurangan pengalaman pemain mengharungi perlawanan besar dengan jumlah penonton yang agak ramai membanjiri stadium. 

Menurutnya, suasana sedemikian jelas memberi kesan terhadap beberapa pemain seperti penjaga gol, Mohd Saiful Amar Sudar dan pemain tengah, Azidan Sarudin yang baru menyertai skuad Merah Kuning itu musim ini apabila mereka kelihatan beraksi dalam keadaan tertekan dan gagal mempamerkan keupayaan sebenar. 
“Kerana rasa tertekan dan gugup itu juga, penjaga gol telah melepaskan beberapa gol yang tidak sepatutnya hingga mengakibatkan pemain lain berasa kecewa dan mengganggu rentak permainan keseluruhan,” katanya yang hanya membuat pertukaran penjaga gol selepas Kelantan berjaya menjaringkan lima gol. 

No comments:

Post a Comment