Thursday 12 May 2011

Tak pandang remeh Harimau Muda (12/05/2011)

SKUAD T-Team tidak memandang mudah pertemuan menentang Harimau Muda A di tempat sendiri, petang ini dan berusaha menghalang pasukan pelawat daripada mencuri sebarang mata hadapan penyokong sendiri. 

Berbekal sumbangan pemain berpengalaman sudah pasti anak buah jurulatih, Yunus Alif dapat menjinakkan skuad pimpinan Ong Kim Swee daripada memalukan pasukan tuan rumah.


Pengendali berkenaan berharap barisan serangan diketuai Indra Putra Mahayuddin bersama Mohd Haris Safwan Mohd Kamal dapat melakukan jaringan gol membolehkan kemenangan memihak pasukan tuan rumah.


“Saya yakin kedua penyerang itu tidak akan mensia-sia peluang diperoleh kali ini di depan penyokong setia mereka,” katanya. 

Berbekal kemenangan 2-0 ke atas Felda United, Isnin lalu, Yunus percaya anak didiknya pasti mahu mengulangi kejayaan itu sekali lagi supaya mata penuh dapat dikutip di gelanggang sendiri. 

Beliau lega kerana pemain pertahanan, Azizi Matt Rose yang mengalami kecederaan hidung sudah pulih dan boleh diturunkan menghalang barisan serangan Harimau Muda A daripada melakukan percubaan bahaya ke arah gawang. 

No comments:

Post a Comment