Thursday 12 May 2011

Tak jejas SUKMA XIV (12/05/2011)

SEKALIPUN kos penganjuran dengan bajet agak kecil kira-kira RM8.5 juta, kemeriahan Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini dijanjikan setanding dengan penganjuran temasya sebelumnya. 

Setiausaha Pengelola SUKMA XIV, Mohd Sofian Hamzah berkata, penganjuran temasya di sekitar Lembah Klang dari 2 hingga 12 Jun itu, diharap menjadi petunjuk kepada negeri lain untuk berjimat ketika menganjurkannya.


Katanya, berbanding penganjuran negeri sebelum ini yang membabitkan kos melebihi RM100 juta, Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur kali ini lebih mementingkan pertandingan acara sukan itu sendiri dan berusaha menjimatkan kos menerusi bantuan agensi kerajaan dan swasta.


“Walaupun temasya tahun ini dianjurkan dengan kos sederhana, kebajikan atlit dan kemeriahan acara tetap setanding dengan apa yang pernah dianjurkan sebelum ini,” katanya pada satu taklimat media di MSN Bukit Jalil, semalam. 

SUKMA XIV membabitkan penyertaan 3,336 atlit dan 1,235 pegawai dengan 19 acara sukan pilihan bagi merebut 1,444 pingat yang ditawarkan. 

Upacara pembukaan akan diadakan pada 5 Jun manakala penutupan pada 12 Jun, kedua-duanya di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras. 

Mohd Sofian yang juga Ketua Cawangan Pengurusan Acara MSN berkata, langkah penjimatan itu tidak akan mengganggu kelancaran temasya, sebaliknya mungkin membabitkan sedikit kelewatan keputusan ke pusat media di MSN Bukit Jalil kerana dikendalikan secara manual, bukan melalui kemudahan teknologi maklumat (ICT). 

No comments:

Post a Comment