Monday 16 May 2011

Mahkota liga (16/05/2011)

Mancini yakin Man City mampu buru kejuaraan liga

LONDON: Roberto Mancini percaya, kejayaan Manchester City menjulang Piala FA mampu merangsang mereka untuk memburu kejuaraan Liga Perdana musim depan. 

City mengakhiri kemarau trofi selama 35 tahun selepas menundukkan Stoke 1-0 di Wembley untuk memenangi trofi pertama sejak 1976.


Kejayaan itu adalah habuan lumayan pertama buat pemilik City selepas mengambil alih kelab berkenaan pada 2008 dan melabur membeli pemain dengan perbelanjaan mencecah 300 juta pound (RM1.5 bilion).


Ketika pemain dan peminat City meraikan kemenangan itu, Mancini mula memikirkan cabaran masa depan dengan mahkota Liga Perdana musim depan berada dalam senarai teratas. 

“Kami mahu cuba memenangi kejuaraan liga tahun depan,” kata Mancini. 

“Saya rasa tahun ini adalah penting untuk bermula dengan kemenangan. Dalam tempoh seminggu, kami layak ke saingan Liga Juara-Juara yang menjadi sasaran utama kami. Dan kemudian menang Piala FA. 

“Saya rasa kami meningkat banyak musim ini. Tetapi saya fikir kami perlu menggandakan lagi prestasi. Kami perlu terus melangkah. Apa yang penting, kami perlu mulakan dengan kemenangan, kerana bila mula dengan kemenangan, ia akan menjadi lebih mudah.” – AFP 

No comments:

Post a Comment