Thursday 12 May 2011

Kejutkan AC Milan (12/05/2011)

ROME: Palermo menghidupkan impian memburu gelaran pertama mereka dan slot ke Eropah musim depan selepas menewaskan juara yang baru dinobatkan AC Milan, untuk mara ke final Piala Itali, kelmarin. 

Giulio Migliaccio dan penalti Cesare Bovo memberikan pasukan dari Sicily itu kemenangan 2-1 pada perlawanan separuh akhir timbal balik kedua dan kejayaan agregat 4-3 selepas seri 2-2 di Milan, tiga minggu lalu.


Zlatan Ibrahimovic merapatkan jurang buat Milan pada masa kecederaan. Palermo akan bertemu sama ada juara bertahan, Inter Milan atau Roma pada final 29 Mei ini, dalam apa yang bakal menjadi penampilan final ketiga.


Ia menjadi perubahan mendadak buat jurulatih Palermo, Delio Rossi, yang disingkirkan lewat Februari tetapi dilantik semula lima minggu selepas itu. 

“Saya memberitahu presiden (Maurizio Zamparini) bahawa saya akan kembali tetapi pertama sekali, saya perlu bertemu dengan pemain pasukan,” jelas Rossi. 

“Saya memberitahu pemain bahawa kita perlu menyingsing lengan dan membawa Palermo ke tahap tertinggi. 
“Ia adalah sekumpulan pemain yang hebat, dibina berteraskan nilai murni, kumpulan pemain bersejarah. Sepanjang 180 minit, kami memang berhak mara.” – AFP 

No comments:

Post a Comment