Friday 13 May 2011

Impian kian nyata.. (14/05/2011)

Bakal padam rekod hebat Liverpool jika United seri dengan Blackburn hari ini 

LONDON: Selepas 25 tahun mengambil alih Manchester United dengan impian mengetepikan penguasaan Liverpool, impian besar Alex Ferguson (kanan) itu tampak bakal menjadi kenyataan hari ini.


Selepas persembahan memberangsangkan di Old Trafford hujung minggu lalu ketika memusnahkan harapan Chelsea mempertahankan kejuaraan, United kini hanya memerlukan keputusan seri di Blackburn untuk menjulang kejuaraan ke-19 Liga Perdana Inggeris sekali gus mengatasi rekod Liverpool sebagai kelab Inggeris paling berjaya.


Dalam drama yang bakal berakhir dengan kegembiraan buat peminat United, Red Devils mampu mengesahkan kejuaraan musim ini pada hari sama jirannya, Manchester City berjuang menamatkan kemarau kejuaraan 35 tahun pada final Piala FA di Wembley. 

Pertabalan sebagai juara mungkin hadir di Ewood Park selepas musim yang menyaksikan skuad kendalian Ferguson kali ini dikritik hebat pada awal musim dan dibandingkan dengan pasukan-pasukan sebelum-nya yang bergelar juara. 

Namun Ryan Giggs, satu-satunya pemain vete-ran yang mengecap semua 11 kejuaraan bersama United di bawah kendalian Ferguson sehingga hari ini, tidak terganggu dengan kritikan dilemparkan kepada pasukannya. 

"Secara jujur, ia sedikit pun tidak mengganggu kami," kata Giggs. "Kami semua menerimanya, pada awal musim kami tidak bermain dengan baik tetapi masih mampu mendapatkan keputusan yang seimbang. 
"Pada pusingan kedua musim ini, selepas Krismas, kami mula bangkit. Persembahan kami menakjubkan dan hasilnya, keputusan lebih baik. Kami juga beraksi cemerlang di kejohanan Eropah, jadi tiada apa perlu dirisaukan dengan kritikan sedemikian." 

Mengikut statistik, skuad Ferguson kali ini mampu mencatat keputusan lebih baik berbanding skuad juara berganda pada 1999, sekiranya mengumpul empat mata pada dua perlawanan terakhir. - AFP 

No comments:

Post a Comment