Saturday 9 April 2011

Wozniacki memburu gelaran



CHARLESTON (Carolina Selatan): Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Caroline Wozniacki gah mara ke saingan separuh akhir kejohanan selepas membenamkan pemain Belgium, Yanina Wickmayer. 

“Dalam setiap perlawanan dia berjaya mencari jalan untuk menewaskan lawan,” kata Wickmayer. “Ini adalah perkara penting.”


Wozniacki ketinggalan pada kedua-dua set sebelum menang 4-6, 6-4, 6-4 dalam saingan suku akhir itu.
Wozniacki jelas memperagakan kelibat garang dalam set penentuan. 
“Saya mengerti akan mendapat peluang dan menyambar setiap peluang,” kata Wozniacki. 

Dalam halangan ke final nanti, pemain Denmark itu akan menentang sama ada pilihan ketiga, Jelena Jankovic dari Serbia yang mudah menewaskan pemain belasan tahun Amerika Syarikat, Christina McHale 6-2, 6-0. 

Dalam aksi lain, pemain China, Peng Shuai menewaskan jaguh India, Sania Mirza 2-6, 6-2, 6-2 untuk bertemu pemain Russia, Elena Vesnina yang terdahulu menewaskan pemain Jerman, Julia Goerges 2-6, 6-2, 6-2. - AFP

No comments:

Post a Comment