Saturday 9 April 2011

Tiger Wood Sambut baik saingan pemain muda


AUGUSTA (Georgia): Tiger Woods berkata dia menyambut baik kehadiran generasi baru dengan pemain muda berbakat, tetapi menegaskan dia tidak akan mempunyai sebarang belas kasihan terhadap mereka ketika dia menghampiri kejuaraan Masters Amerika Syarikat kali kelima.
Bintang berusia 36 tahun bekas pemain nombor satu dunia itu kembali berada dalam kedudukan terbaik untuk merebut kejuaraan di Augusta National, semalam dengan sembilan birdie mengagumkan sebelum mencatat enam bawah par 66.

Kedudukan itu membolehkannya berkongsi tangga ketiga dengan pemain Korea Selatan, K J Choi tetapi tiga pukulan di belakang pendahulu berusia 21 tahun, Rory McIlroy dari Ireland Utara dan dua pukulan di belakang pemain berusia 23 tahun dari Australia, Jason Day.
Kedua-dua pemain itu dikatakan menyaksikan Woods ketika mudanya melonjak di persada antarabangsa dengan memenangi Masters pada 1997 dengan 12 pukulan yang memberikan mereka inspirasi untuk menceburi sukan golf.

McIlroy berusia tujuh tahun ketika itu manakala Day sembilan, menyebabkan Woods menggeleng-gelengkan kepalanya dan tersenyum memikirkan memori silam. - AFP

No comments:

Post a Comment