Monday 11 April 2011

Skuad BMX pada Sukan SEA 2011 harus diuji kemampuan.


KUALA LUMPUR - Sukan SEA 2011 di Jakarta bakal menjadi kayu pengukur sama ada Malaysia mampu untuk bersaing dalam acara berbasikal BMX selepas pelumba trek negara, Rizal Tisin dikatakan berhasrat mengambil bahagian dalam acara tersebut pada Sukan Olimpik 2012.
Menurut Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, keputusan untuk membenarkan Rizal beraksi pada Sukan Olimpik 2012 akan dikaji sebaik mungkin terutama sekali selepas Sukan SEA di negara jiran itu.

"Setakat ini Rizal perlu memberi tumpuan kepada acara 

trek, iaitu pecut berpasukan di mana kudratnya masih diperlukan dalam acara tersebut tetapi jika kita gagal melayakkan diri, peluangnya untuk mengambil bahagian acara BMX mungkin lebih cerah," katanya di Kuala Lumpur Golf & Country Club baru-baru ini.
Jelasnya, pasukan pecut berpasukan negara juga sekarang ini masih perlu bersaing dengan China dan Jepun, untuk menempah tempat ke Sukan Olimpik, hanya dua pasukan teratas sahaja mampu bersaing dalam temasya tersebut.
"Jika kita tidak layak dalam acara pecut berpasukan tidak mustahil Rizal ataupun mana-mana pelumba lain bakal beraksi untuk acara BMX," kata Naim.
BMX dipertandingkan buat kali pertama di Sukan SEA tahun ini manakala di Sukan Olimpik pula ialah telah dipersetujui Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan telah diadakan buat pertama kali di Sukan Olimpik Beijing 2008.
Ditanya sama ada Rizal akan terus berlatih di Melbourne, Naim berkata, semua itu terpulang kepada pelumba berusia 27 itu sama ada untuk menyambung latihan di Malaysia ataupun kembali ke Melbourne.
"Semua terpulang kepada Rizal, jika dia mengambil keputusan berlatih di Malaysia, jurulatih tempatan akan memantau perkembangannya dan dalam masa yang sama mungkin dia akan berlatih juga bagi acara BMX," katanya.
Pelumba trek sensasi Britain, Chris Hoy juga bekas pernah beraksi dalam acara BMX sebelum menyertai acara trek.

No comments:

Post a Comment