Sunday 10 April 2011

Vettel Kekalkan Kejuaraan F1 Di Sepang



SEPANG, 10 April  -Selepas persembahan cemerlang dalam pusingan kelayakan semalam, pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dari Jerman mengekalkan kejuaraan keduanya pada musim ini dalam perlumbaan Petronas Malaysia F1 Grand Prix 2011.

Juara dunia berusia 23 tahun itu memulakan perlumbaan yang begitu sempurna dengan menduduki petak utama dalam masa sejam, 37 minit dan 39.832 saat.

Sementara Jenson Button dari Vodafone McLaren Mercedes menduduki petak kedua dengan masa 1:37:43.093s, 21.814s di hadapan Nick Heidfeld dari Lotus Renault GP."Saya fikir saya mulakan dengan baik kemudian dengan cepat saya ada Lewis (Hamilton) di belakang saya. Dan saya terkejut apabila saya yang pertama, saya nampak sesuatu yang hitam di cermin dan saya tahu ia adalah kereta Lotus."Saya sedar ia adalah Nick (Heidfeld) dan sudah tentu ia sesuatu yang baik berlaku kerana saya boleh mengatasi pusingan demi pusingan. Grand Prix agak berbeza daripada apa yang saya lihat dua minggu lepas," kata Vettel pada persidangan akhbar selepas kejuaraan itu.


No comments:

Post a Comment