Monday 11 April 2011

Piala Dunia 2030:Jawatankuasa ASEAN/AFF dibentuk

BANGKOK 11 April – Negara anggota ASEAN dan ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) akan membentuk sebuah jawatankuasa tidak lama lagi bagi membida hak selaku tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa itu diputuskan pada mesyuarat Majlis AFF di sini semalam.
“Jawatankuasa itu akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai cadangan supaya ASEAN menjadi tuan rumah acara sukan terbesar itu,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Khas Tidak Rasmi Menteri Menteri Luar ASEAN mengenai Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) di sini hari ini.
Anifah berkata, beliau memberi taklimat kepada rakan-rakan sejawatannya pada mesyuarat itu mengenai cadangan tersebut.
Malaysia telah mengemukakan cadangan itu pada Julai tahun lepas. – Bernama

No comments:

Post a Comment