Saturday 9 April 2011

Pengurus Liverpool mengakui tiada alasan untuk persembahan merosot


LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mengakui tidak ada alasan persembahan pasukannya merosot sekalipun berdepan masalah kecederaan meruncing.
Kebimbangan Dalglish disahkan apabila kapten Steven Gerrard, yang tidak beraksi selama sebulan selepas pembedahan pangkal paha, terpaksa diketepikan hingga hujung musim dengan kecederaan berkaitan dialami ketika latihan seminggu lalu.

Selepas kehilangan pertahanan tengah berpengaruh, Daniel Agger kerana masalah lutut pada pertengahan minggu dan dengan pertahanan Glen Johnson dan Martin Kelly masih memerlukan sebulan untuk cergas sepenuhnya kerana ketegangan hamstring, jelas musim yang panjang menjejaskan Reds.
Pembabitan mereka dalam Liga Europa bermakna mereka memulakan musim lebih awal pada 29 Julai di bawah pengurusan bos yang sudah meninggalkan kelab itu, Roy Hodgson.

“Sesiapa pun yang mengalami kecederaan mengecewakan kami, begitu juga pemain,” kata pengendali dari Scotland berusia 60 tahun itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment