Saturday, 9 April 2011

Neville dengan aksi terakhir

LONDON: Bekas pemain pertahanan Manchester, Gary Neville akan mengakhiri kariernya selama 18 tahun bersama kelab itu dengan beraksi pada perlawanan penghargaan menentang gergasi Itali, Juventus di Old Trafford, 24 Mei depan.
Neville, 36, pada mulanya berhajat untuk beraksi dalam perlawanan penghargaan di awal musim namun terpaksa menangguhkan sementara bagi mendapatkan tarikh sesuai.


Neville bermain dalam perlawanan terakhir menentang West Brom Januari lalu di mana dia terselamat daripada menerima kad merah untuk kali kedua musim ini.
Secara keseluruhan, dia yang melakukan penampilan pertama dengan United ketika berusia 17 tahun menentang Torpedo Moscow, tampil sebanyak 602 kali untuk kelab itu serta merangkul lapan kejuaraan Liga Perdana, tiga Piala FA, dua piala Liga dan Liga Juara-Juara pada 1999.

Selain itu, Neville turut mengumpul 85 cap mewakili England.

“Saya gembira untuk beraksi dalam perlawanan ini. Ia pasti perlawanan yang akan menyentuh perasaan saya terutamanya apabila saya menyarung jersi merah itu sekali lagi dalam perlawanan terakhir untuk kelab ini,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment